Hear it.Feel it

Monday, June 20, 2011

Coretan si Kura-Kura -2

Hari berganti hari, kau terus hanyut dibuai cerita sahabat sekelas..
Bulan berganti bulan, kau semakin sibuk dengan urusan dunia yang harus kau hadapi..
Tahun berganti tahun, kau masih tidak berubah cuma hati belum aku pasti..
Aku terus mendoakan yang terbaik biarpun diri kau belum pernah mengerti..

Adakah kau tahu?
Kau tak akan tahu, keberanian aku belum cukup untuk kau tahu...
Kau tak akan tahu, mulut aku masih berat untuk kau tahu...
Kau tak akan tahu, sebanyak mana aku mengambil berat tentang kau sebab aku belum bersedia untuk kau tahu..
Kau tak akan tahu, suara hati aku tak megizinkan kau tahu..
Kau tak akan tahu semua yang aku tahu.
Melayani perasaan semuanya tentang kau buatkan lidah aku menjadi kelu apalagi berbicara..

Cintakah aku? Cintakah kau?
Aku tidak tahu cinta kecuali pada yang satu, mungkinkah ada cinta dari yang lain yang mendekati aku...
Aku tak tahu kerana nama kau berada disetiap penjuru..
Aku tidak tahu cinta walaupun saat ianya datang dalam hidup aku, bodohkah aku...
Aku tak tahu kerana hanya yang aku tahu wajahmu bermain diruang kotak minda aku..

THE END

* Finally, part 1 dan part 2 ak share jugak dengan korg, mmg lahh ntah pape sikit sbb ak bknnye penulis profesionalis lagii.
* Act, ak sebenarnye ta reti guna ayat2 dramatis+jiwengg mcm gini tp since ak budak sastera tak salah ak manfaatkan ape yg ak dah belajar, baru lah npk tanda ak meghargai sikit, haha
* ney laa karya yg tak seberapa ak, hope korgg bg komen yg bernas spy dpt ak buat lagii. HAHA.
* masih dalam mood : GELI -____-'

 p/s : gunalah bakat dalam penulisan sastera anda ! haha 

No comments:

Post a Comment