Hear it.Feel it

Tuesday, March 5, 2013

| Eeuwwww |

H.O.L.A
Ini kisah yang menggelikan seperti yang dijanjikan. Ini bagi akulah tapi bagi korang aku tak tahu. 

Pada suatu hari aku keluar untuk berjogging apabila merasakan diriku semakin mengembang. Semangat nak kurus tu gila berkobar-kobar didada bak kata Vince AF. Aku pun pergi mencari tempat yg baik punya bak kata Dafi AF untuk berjogging. Yeahh! Di tempat study aku ni terdapat satu tasik yang bernama Tasik Fajar Harapan. Kalau budak-budak USM atau ex-ex USM sendiri mesti tahulah ape yang famous kat sini. HAHA

So, aku pun jogging dengan kawan-kawan aku kat sini. Oleh kerana aku ni tak boleh penat sgt, kami membuat keputusan berjalan sahaja. Permandangan sungguh nyaman, byk flora yang merimbun dekat situ. Kalau nk picnic pun sesuai dah. Redup dan sejuk je kalau korang duk bawah pokok dia.

Jalan punya jalan punya jalan, gosip punya gosip punya gosip, kami stop kejap untuk melakukan streching. Tiba-tiba rasa berat dikaki, kawan aku pandang dulu memandangkan aku berdebar-debar nak tengok. Then, kawan aku menjarakkan diri. DAH KENAPA?? Aku pun toleh ke bawah dannnnnnnn "PIUNGGGG" - sound benda tu terbang. HAHAHAH.

Bila aku pandang sekeliling aku nampak banyak kawan-kawan benda tu perhatikan aku. Oleh kerana, aku dah rase geli satu badan, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi berjogging selepas itu. Dari berjalan bertukar jadi berlari dek kerana benda tu. PERCAYALAH CAKAP KAK TON. Dah lah besar, saiz tak mcm yang sepatutnya. Geli woooo~

Kalau korang nak tahu ape benda tu. Teka lah. benda tu berat, panjang, berkulit. Bayangan pun dah meggelikan. Takpelah, meh aku je yang bagitahu.
TARAAAA !! Berjaya mendapatkan gambar candid benda tu.
1, 2, 3 LARIKKKKKKKKKKKK

Friday, February 1, 2013

| Bukan Mungkir Janji |

Last post yang aku ingat ialah apabila aku berkata bahawa aku akan rajin update blog pada awal Januari lalu. Dan kesudahannya, apah pun idak. Korang tak nampak lagi post aku selepas itu. HAHAHA. Ini bukan cerita lawak dan bukan juga kes mungkir janji ek. Memandangkan takde perkara yang best berlaku atau takde cerita best langsung sepanjang bulan Januari yang lalu maka takde lah post. Paham ke tidak? 

Habis tu, takan aku nak cerita pasei study, pasei aku masuk toilet, pasei assignment tak siap. Alamatnye tido ler korang depan laptop. 
Bosan lah cerita gitu. Tu paham-paham sendiri pun boleh. Tulis dalam diari sudah. Yer dak? HAHA. Untuk menunjukkan aku bukanlah seorang yang kuat beno menipunye, akan aku sediakan sebuah cerita menggelikan. Bukan cerita lawak yang menggelikan hati tapi menggelikan satu badan pun bolehhh tahu tak. So, target aku adalah DIA ??
.COMING SOON.

xoxo

Thursday, January 3, 2013

| November & Disember |

Tajuk melambangkan segalanya. November & Disember yang aku nak cerita ni takde kaitan dengan birthday sesape okay. Aku tengah pokai ni jadi tolonglahh :P
Jadi, disini aku nak mohon maaf buat kawan-kawan yang bertanya kenapa tak update post terbaru since couple months ago. "Aku busy lahh~" ni kan jawapan yang aku bagi korang. YA! sebenarnya aku tak tipu pun, itu lah realitinya. Bukan nk show off pelajar cemerlang ke ape tp busy dengan macam-macam persatuan sana persatuan sini. *kumpul MYCSD lah katakan. Hanya orang tertentu je tahu apa itu. HAHA.

Maaf dan maaf tu je aku boleh cakap. Lepas ni akan cuba sebaik mungkin untuk rajin mengadap laptop dan share cerita yang menarik walaupun sesibuk mana. Berhenti bertanya dari sekarang. OK? hihii. 

Kbai :)

Tuesday, January 1, 2013

| A Number |

ALL I WANT TO SAY IS WELCOME 2013 AND  GOODBYE 2012. GONNA MISS YOU.


Saturday, October 13, 2012

| Touching Tetibe |

Apa korang rasa bila bace buku ni. Kalo pendapat aku lah kan, gilaa tersentuh habaq hang!! wuuu~ Aku rase setiap perkataan setiap ayat membawa makna yang sgt mendalam dan bermakna. Dan di saat aku dekat tempat belajar ni tetibe kerinduan dekat AYAH & EMAK mula bersarang dengan besarnya bila baca je petikan buku ni. Meh tengok ape yang buat aku touching lebih. hehee :')

Allah Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis Ummi dan Ayah semata atas alasan saintifik = Bagi aku, dgn zaman yg serba moden ni ayat yg selalu kita dgr mesti lah moden gak en...'eh muka hg mcm mak hg lah, ohh BAKA mak hg lagi kuat lah tu' Mungkin perkataan BAKA tu rase mcm kasar plak tp fahaman skrg  bermaksud genetik. So, jgn marah2 ye. chill sudah :) Bila difikir2 balik, persepsi masyarakat hanya memikirkan unsur saintifik sahaja bukan. BETUL KATA BUKU!

Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak Ummi dan Ayah. = Bagi aku, mesti JARANG orang yang mempunyai pemikiran gini. Sape rase dia fikir mcm ni sejak azali lagi, TAHNIAH! dan sila tinggalkan no phone korang. Nak bagi hadiah!

Tidak kira kemana aku pergi, manusia apa aku jadi, aku membawa Ummi dan Ayah bersama. = INI YANG AKU SANGAT TERHARU. Aku tak pernah dgr lagi kalimah gini dari sesiapa aww. so terharuu woo :(

Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa, pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada dan Allah tahu kita rindu, kita perlu lihat wajah mereka. = PART NI MENANGIS :'( 
hmmm BETUL KATA BUKU!

p/s: saya sayang MAK & ABAH !!