Hear it.Feel it

Wednesday, December 21, 2011

| Hampir 2 Tahun |

Assalamualaikum~ Tajuk ney bukan aku nk buat suspen ke ape and bukan juga tentang cinta okey. Bukan cinta sahaja yg memenuhi ruang hidup aku. Ini adalah cerita tentang alam persekolahan aku sepanjang menjadi pelajar PRA-U di chulan, ipoh :)

Kawan-kawan semuaaa, tak sangka kita da tempuh hampir 2 tahun menjadi pelajar PRA-U kann ? Cepat rasanye masa berlalu,  pejam celik pejam celik ehh dah abes STPM dah ? YAYYY dgn nada sayuu. Dah tentu byk kenangan pahit manis kita semua lalui sepanjang kita di sekolah yg sama kann. Aku sayangg korang semua. Korang lah kawan terbaik yg pernah aku ada walaupun byk perselisihan faham sebelum ney. Dari musuh - kawan - kawan baik - keluarga. Adakah korang anggap benda yang sama macam aku ? Jujurlah. Ney mula sebakk nehh -.-

Jom flashback : LOWER 6 : Sebulan dua mase masuk sekolah. Masing-masing buat hal sendiri. Keadaan kacau-bilau. Masing-masing nk menyerlah, rasa hot, rasa cantik, rasa kacak kat sekolah. Time ney kelakar. Macam-macam ragam. Semuanya kerana kita dari sekolah yang berasingan sebelumnya. Kini, di bawah satu bumbung. Pangai cam hampehh je. Aku ? Pun sama je, orang belakang langsung tak pandang. Yang aku tahu kawan yang dahulunya satu sekolah. Tayah nk kasi intro dah, buat letih je. Dah kenal senang walaupun ada antaranye satu sekolah tp tak pernah sembang. Ahhhh tak kiralah, janji dari area yang sama. Bukan sbb ape, aku ney jenis ssh nk mulakan persahabatan. Bagi aku, lama-lama nnt kenal lahh. Kalo rajin korang lah tegur aku, baru aku rancakk sikit. HAHAHA. Hubungan antara kelas plak ? Mak aihhh, asabiahh siot dan bersifat perkauman. Kelas ekonomi tak ngam ngn kelas sastera yang sering dikatakan kaki jiwangg kemainn. Fitnah sume tuu. Kami amik sastera sbb bute maths jela. Dak cina dengan perangai NERD nye. adui. Hancuss semuanyaa. Cikgu sendiri pun ada yg tak senang dgn sikap kami. Maaf ye cikguu, kami mmg nakal sikit tp tak jahat okeyy :P
SENARIO NYE BEGINI -.-'
UPPER 6 : Alhamdulillah. Ini yang selama ney aku nk sebut. Kami makin rapat selepas lawatan ke UPM. Mmg tujuan lawatan ke UPM ini untuk buka mata kitaorg perjalanan dan kehidupan di kampus tp secara tak langsung tujuannya untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kami yang mana cikgu sendiri merasakan ketegangannya. HAHA. Thanks cikguu. We always love you :) Selepas lawatan berakhir kami beraksi seperti sedia kala di sekolah, tetapi terdapat sedikit perubahan. Lama-kelamaan antara sedar tak sedar kami mula rapat, dari pendapat yang sering bercanggah - majoriti - sebulat suara. Bila keadaan begini, barangkali Allah nak uji kami ; adakah perhubungan kami ini kekal ? kukuh ? atau sebaliknya. Pelbagai masalah datang menimpa kami. Satu persatu. Ada sahaja aduan yg kami terima dari pelbagai pihak. Banyak juga anasir-anasir fitnah terhadap kami. Biasalah, tidak semua orang sempurna, tak semua org sukakan kita dan kita tak pernah terlepas dengan hasutan "syaitonirajim". Kami redha, ada juga yang tak tahan sehingga meluahkan segala yg terbuku kepada cikgu tersayang. Cikgu kami sentiasa disisi kami. Tetapi ingat juga kawan-kawan bahawa Allah tahu siapa benar siapa salah. Maka yg benar akan peroleh perlindungan daripada-Nya. Sehingga ke saat akhir, semasa di medan peperangan masih juga timbul isu. Kami redha sekali lagi sesungguhnya masalah itu kami anggap sebagai dugaan peperiksaan.
TAPI KINI, LEBIH KEPADA INI :)
LASTLY : Aku sangat hargai persahabatan kita semua. Semoga kita tak lupa sesama kita ye. Diharapnye, akan berkekalan sampai bila-bila. Tak kiralah kat mana korang berada, sejauh mana, dan selama mana korang hidup di dunia ney. Jangan sesekali lupa bila dah berjaya okeyy. Kawan tetap kawan, sahabat tetap sahabat. Selamanyaaaaaa~ AKU CINTAKAN KORANG :')

p/s : Byk je aku nk cte lagi tp ____________ Nampak kan saya seorang sensitif. Hehee
The End.

No comments:

Post a Comment