Hear it.Feel it

Tuesday, March 5, 2013

| Eeuwwww |

H.O.L.A
Ini kisah yang menggelikan seperti yang dijanjikan. Ini bagi akulah tapi bagi korang aku tak tahu. 

Pada suatu hari aku keluar untuk berjogging apabila merasakan diriku semakin mengembang. Semangat nak kurus tu gila berkobar-kobar didada bak kata Vince AF. Aku pun pergi mencari tempat yg baik punya bak kata Dafi AF untuk berjogging. Yeahh! Di tempat study aku ni terdapat satu tasik yang bernama Tasik Fajar Harapan. Kalau budak-budak USM atau ex-ex USM sendiri mesti tahulah ape yang famous kat sini. HAHA

So, aku pun jogging dengan kawan-kawan aku kat sini. Oleh kerana aku ni tak boleh penat sgt, kami membuat keputusan berjalan sahaja. Permandangan sungguh nyaman, byk flora yang merimbun dekat situ. Kalau nk picnic pun sesuai dah. Redup dan sejuk je kalau korang duk bawah pokok dia.

Jalan punya jalan punya jalan, gosip punya gosip punya gosip, kami stop kejap untuk melakukan streching. Tiba-tiba rasa berat dikaki, kawan aku pandang dulu memandangkan aku berdebar-debar nak tengok. Then, kawan aku menjarakkan diri. DAH KENAPA?? Aku pun toleh ke bawah dannnnnnnn "PIUNGGGG" - sound benda tu terbang. HAHAHAH.

Bila aku pandang sekeliling aku nampak banyak kawan-kawan benda tu perhatikan aku. Oleh kerana, aku dah rase geli satu badan, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi berjogging selepas itu. Dari berjalan bertukar jadi berlari dek kerana benda tu. PERCAYALAH CAKAP KAK TON. Dah lah besar, saiz tak mcm yang sepatutnya. Geli woooo~

Kalau korang nak tahu ape benda tu. Teka lah. benda tu berat, panjang, berkulit. Bayangan pun dah meggelikan. Takpelah, meh aku je yang bagitahu.
TARAAAA !! Berjaya mendapatkan gambar candid benda tu.
1, 2, 3 LARIKKKKKKKKKKKK

No comments:

Post a Comment